Wednesday, February 25, 2009

CERAMAH UMUM: KE ARAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Jika Mahu Terus Jadi 'Lembu', SPRM Perlu Isytihar Jadi Parti Komponen Baru BN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

25 Februari 2009

Hari ini, Rabu bersamaan 25 Februari 2009, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor lembu khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda 'penghargaan yang tinggi' di atas 'kebebasan dan integriti' yang telah diamalkan oleh badan tersebut.

Semalam, tatkala menyampaikan ucapan perasmian pelancaran SPRM, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggesa agar badan tersebut bersikap adil, saksama dan profesional dalam sebarang tindakan yang diambil bagi menjamin integriti dan imej badan tersebut sebagai sebuah badan bebas.

Tetapi sepanjang dua bulan berlalu sejak SPRM dinaik taraf menjadi sebuah suruhanjaya, pelbagai kecelaruan telahpun timbul. Dalam keadaan puluhan malah ratusan laporan rasuah yang dikemukakan kepada badan tersebut dibakulsampahkan tanpa sebarang status, dua laporan rasuah yang mengkal sifatnya yang merujuk kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berikutan kes penyelenggaraan kenderaan peribadi beliau dan juga pengagihan lembu korban sempena Eiduladha tahun lepas di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak.

Penyelewengan yang dilakukan oleh SPRM ini, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh AMK beberapa hari lepas, sangat bertepatan dengan kronologi usaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan beberapa siri percaturan jahat yang direncana oleh Umno-BN khususnya di Selangor.

Sebagai contoh dalam kes yang melibatkan rasuah oleh ADUN Umno-BN Lenggeng, Mustafa Salim dan juga kes rasuah politik pemilihan Umno yang melibatkan Ahli MT Umno, Norza Zakaria; kedua-duanya disorokkan identiti daripada pengetahuan umum. Bukan ini sahaja, malah banyak lagi kes yang telah dikemukakan baik oleh AMK mahupun komponen Pakatan Rakyat lainnya yang mempunyai asas yang kukuh dipinggir begitu sahaja tanpa sebarang status.

Tetapi dalam kes Tan Sri Khalid, dalam keadaan Kertas Siasatan yang masih berstatus rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ketua Pesuruhjaya SPRM telah bersifat mendahului mahkamah untuk memulakan pendakwaan ke atas Tan Sri Khalid. Sedangkan asas-asas yang dijelaskan SPRM sebagaimana yang dilaporkan oleh media arus perdana, lebih banyak memalitkan Umno-BN di atas penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana dan instrumen kerajaan yang berleluasa sejak 50 tahun lamanya.


Profesionalisme apa yang dijulang SPRM, dalam keadaan sebarang kes yang melibatkan ahli Umno-BN tidak didedahkan kepada umum, sebaliknya asal saja wujud satu kes - meskipun tidak berasas - yang melibatkan Pakatan Rakyat, maka gegak gempitalah seluruh Malaysia dengan canang SPRM untuk melakukan pendakwaan segera.

Justeru, lembu yang 'dihadiahkan' oleh AMK kepada SPRM ini bukanlah bersifat singgungan politik murah, sebaliknya ia perlu menjadi batu tanda dan pengajaran buat SPRM agar mereka tidak berterusan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' khususnya oleh Umno.

Ini juga wajar menjadi peringatan buat SPRM, bahawa sebarang salahlaku yang dilakukan oleh mereka tidak pernah padam daripada ingatan rakyat, dan akan terus menjadi bahan bualan di sana sini.

Tindakan demi tindakan yang dilakukan oleh SPRM atau dulunya Badan Pencegah Rasuah (BPR) jelas mengambarkan rendahnya profesionalisme mereka dalam usaha membasmi rasuah. Pendakwaan selektif yang berleluasa hanya memberi gambaran bahawa jenayah rasuah akan menjadi semakin parah dan rakyat akan terus teraniaya tanpa pembelaan.

AMK berpendapat, sekiranya SPRM terus-menerus merelakan diri mereka menjadi 'lembu' kepada Umno-BN, maka Ketua Pesuruhjaya SPRM wajar membuat perisytiharan agar SPRM akan didaftarkan menjadi satu komponen baru di dalam Barisan Nasional kelak.

Tidak ada gunanya sebarang penaiktarafan yang kelihatan indah di pandang mata, jika SPRM masih lagi bergelumang dengan salahlaku yang jelek dan berterusan menyalahgunakan kuasa mereka demi melampias hawa nafsu pimpinan Umno-BN.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Monday, February 23, 2009

AMK NS BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP DATO' SRI AHMAD SAID

Satu laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) Dato' Sri Ahmad Said bin Hamdan telah dibuat serentak seluruh negara hari ini oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK). AMK Negeri Sembilan telah membuat laporan polis itu di Kuala Pilah pada jam 12.00 tengahari tadi diketuai oleh Ketua AMK Negeri Sembilan Sdr. Halim A. Aziz, Sdr. Murali A/L Thangaiuh (Naib Ketua AMK NS), Hj. Ramlan Hj. Roes (Ketua Penerangan AMK NS) Ruzaili Abdul Karim (Setiausaha AMK NS) dengan diiringi oleh Jawatankuasa AMK Negeri dan Bahagian. Dalam laporan polis itu AMK N. Sembilan mendesak pihak Polis menyiasat Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah membuat suatu kenyataan pada 20 Februari 2009 berhubung dengan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh YAB Menteri Besar Selangor mengenai sumbangan sebanyak 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi YAB Menteri Besar Selangor kepada umum. Pendedahan laporan siasatan SPRM oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM itu merupakan suatu kesalahan kerana ia mendedahkan suatu laporan Kertas Siasatan yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum sehinggalah YAB MB Selangor dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap YAB MB Selangor.
Dalam sidang akhbar Sdr. Halim Aziz menyatakan bahawa tindaktanduk Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam kes ini memperlihatkan niat jahat beliau untuk merendahkan reputasi Menteri Besar Selangor dan juga dilihat sebagai penyambung kuasa bagi UMNO dan Barisan Nasional. Beliau turut mempersoalkan kecekapan Ketua SPRM itu dalam mengendalikan aduan-aduan yang dibuat oleh AMK namun semuanya dilenyapkan.


Ketua AMK Negeri Sembilan, Halim A. Aziz (tengah) & Ketua Penerangan AMK NS, Haji Ramlan Roes (kanan)

Sunday, February 22, 2009

PANAS! Anak Pengerusi SPRM Ditangkap!!!

Biarpun berita ini pernah didedahkan dalam media suatu ketika dulu. Namun, pembongkaran kami tentang “rahsia sebenar” berita paling memeranjatkan tentang penglibatan Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said iaitu Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS (foto) yang merupakan anak kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes penyeludupan bahan-bahan lucah kanak-kanak di Australia baru-baru ini telah menggemparkan seluruh negara. Kini baru rakyat Malaysia sedar tentang kenapakah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan begitu terhutang budi kepada Kerajaan Malaysia. Terutamanya dalam kes “rasuah dan penyelewengan” yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat mutakhir ini. Terbaru kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Spekaer DUN Perak.

Sebelum ini ramai yang kecewa dan terkejut bila SPRM begitu cepat dan pantas menyiasat setiap laporan yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang, sedangkan mereka “membakul sampahkan” semua laporan tentang rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Akhirnya kini, kebenaran terserlah jua dan kita menyarankan agar beliau melepaskan jawatanya itu dengan segera jika tidak mahu SPRM dibubarkan. Ternyata, beliau telah terlebih dahulu “dirasuah” oleh Pejabat Perdana Menteri untuk membebaskan anaknya itu daripada dibicarakan dan menerima hukuman. Di bawah ini dipaparkan maklumat tambahan yang menyokong kebenaran laporan tentang perkara ini. Biarpun kejadian ini sudah lama berlalu, namun ia terpaksa dibongkar demi membuktikan kepada rakyat Malaysia tentang penglibatan Pejabat PM dalam kes ini jelas membuktikan yang wujudnya amalan “rasuah dan penyelewengan kuasa” yang nyata dalam hal ini. Sila rujuk artikel di bawah untuk maklumat lanjut:-

file image

A Malaysian Airlines pilot arriving in Adelaide was
found to have child sex videos on his laptop computer.

Artikel dari ABC News (Australia) 8 Feb 2008
Visiting Pilot Find Over Child Porn

ADELAIDE - A Malaysia Airlines pilot who was caught importing child pornography to Australia yesterday has faced court. When Ahmad Said, 25, arrived at Adelaide Airport yesterday he said he did not have anything to declare. But customs officers searched his laptop and found child sex videos. A handcuffed Said has faced court. Magistrate Simon Smart told him the videos were cruel and violent and it was a disgrace that the married father of two had brought the material to Australia. The magistrate said people like Said encouraged the market for child pornography. Said, whose wife is expecting their third child, was fined $6,000. He left court with a jumper over his head because of television camera crews.

Related Articles:

1. Malaysian pilot caught is ACA DG’s son?-drsaravananr.blogspot.com
2. ‘Porn pilot’ ‘under probe-thestar.com.my
3.
Ahmad Said son of ACA director?-rockybru.com.my


Terbukti, Laporan akhbar juga pernah siarkan tentang berita ini dulu

Artikel dari Portal Berita Adelaide Now (Australia) 8 Feb 2008
A MALAYSIAN Airlines co-pilot has been convicted and fined for bringing child pornography into the country on his personal computer.

ADELAIDE - Ahmad Said appeared handcuffed in Adelaide Magistrates Court today on a charge of importing a prohibited item. Customs officers arrested the 25-year old at Adelaide International Airport yesterday, after finding three video files containing child pornography. The videos were titled “Reped (sic) Virgin”, “10-Year Old” and “High School Students.” ``This material is repugnant and abhorrent - any decent minded person would be so affected by it,” Magistrate Simon Smart said. Mr Smart said the rape scene featured a crying girl aged under 18 being forced to have sex with an older male. ``These are not victimless crimes - for every video that depicts such a scene there is a victim,” he said. Said’s computer was searched after he flew into Adelaide as co-pilot on a Malaysian Airlines flight from Kuala Lumpur. His lawyer Stephen Barratt said Said had been e-mailed the video files and had not shown anyone else. “He was simply reckless, this was not material brought in to be disseminated,” Mr Barratt said. Mr Smart rejected the defence assertion that Said had ``no interest” in the pornography, saying there would be no market for such images without people like him. Mr Barratt said the conviction could ruin Said’s career as a pilot at Malaysian Airlines after rising rapidly through the ranks in the past few years. “The result of this conviction … could alter the whole of his life and his family,” Mr Barratt said. Mr Barratt said Said’s arrest and detention in custody for almost 24 hours was “fairly harsh.” “He has suffered from being kept overnight in custody and now sits before the court manacled, which he describes to me as one of the lowest points of his life,” Mr Barratt said. Magistrate Smart fined Said $5,000 and ordered that his laptop be forfeited to the Crown.

[Bagi kami, apa yang didedahkan ini adalah satu bukti jelas yang Ketua Pesuruhjaya SPRM sebenarnya tidak layak berada di situ. Ini kerana, beliau telah “dirasuah” awal-awal lagi oleh pihak kerajaan terutamany pemimpin UMNO bagi memastikan keselamatan dan kuasa mereka terjamin. Lantaran itulah kita tidak hairan, undang-undang rasuah di negara kita hanya menangkap dan mendakwa “ikan bilis” sebaliknya melepaskan “ikan paus”. Ini semua berlaku kerana mereka yang memegang jawatan tersebut sudah tidak amanah dan bertanggungjawab dalam tugas mereka. Kita yakin, selepas ini ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan didakwa atas kes rasuah dan penyelewengan selepas ini nanti].

Thursday, February 19, 2009

PENCABULAN HAK INDIVIDU; AMK SOKONG ADUN BUKIT LANJAN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

19 Feb 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyatakan sokongan kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN keADILan Bukit Lanjan, YB Elizabeth Wong berikutan kontroversi yang melibatkan diri beliau.

Berkenaan dengan isu yang melibatkan Elizabeth ini, beliau tidak perlu meletak jawatan atas beberapa faktor. Pertamanya beliau bukan memperlakukan adegan lucah sebaliknya gambar beliau diambil secara curi dan tanpa kesedaran beliau.

Keduanya, kehidupan peribadi beliau adalah satu perkara yang perlu dihormati dan sebarang usaha pencabulan hak individu beliau adalah sesuatu yang tidak bermoral.

AMK memandang serius akan perbandingan yang cuba dibuat oleh pihak TV3 dalam Buletin Utama 17 Januari 2009 dengan mengaitkan kes Vijandran, Chua Soi Lek, V.K. Lingam dan sebagainya dengan kontroversi yang melibatkan Elizabeth ini.

Ianya benar-benar berniat jahat kerana kes-kes tersebut semuanya melibatkan perlakuan moral individu tersebut yang jelas salah di sisi agama dan juga tatasusila masyarakat.

Demikian juga dengan kenyataan tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang BN Selangor, Dato' Seri Dr. Mohd Khir Toyo yang cuba memesongkan fakta yang berlaku ke atas bekas Menteri Kesihatan dengan Y.B Elizabeth. Beliau perlu maklum bahawa apa yang berlaku kepada bekas Menteri Kesihatan adalah sesuatu yang berbeza memandangkan pendedahan melibatkan bekas Menteri terbabit adalah merupakan skandal seks. Sedangkan apa yang berlaku ke atas Elizabeth adalah merupakan satu penganiayaan yang dilakukan ke atas beliau tanpa beliau sedar.

Tindakan Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan adalah tindakan terpuji kerana meletakkan parti di depan melebihi hal peribadi. Tetapi AMK percaya bahawa tidak ada keperluan bagi Elizabeth untuk mengundurkan diri kerana beliau tidak bersalah atas soal isu ini melibatkan peribadi beliau.

Sokongan rakyat jelas terbukti di Bukit Lanjan dan seluruh Malaysia terhadap Elizabeth, malah kebanyakan organisasi NGO dan sayap wanita parti-parti politik termasuklah di kalangan parti komponen BN seperti MCA sendiri.

AMK berpendapat bahawa Elizabeth perlu meneruskan tugas beliau seperti biasa dan terus berkhidmat kerana rakyat memerlukan beliau dan berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang 11 bulan beliau menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Hj Ramlan Roes
Exco,
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Merangkap Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan

CERAMAH UMUM




Wednesday, February 18, 2009

PROGRAM AMK

Program AMK Bahagian Seremban bersama AMK Negeri Sembilan.
"Perasmian PUSAT KHIDMAT DUN AMPANGAN"
Tarikh: 20hb Febuari 2009 / Jumaat.
Masa: 5.30 petang.

CERAMAH UMUM

CERAMAH UMUM "Penjelasan Isu di Perak-Siapa Derhaka?"
Penceramah:
1. Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
2. YB Yusmadi Yusof (Ahli Parlimen Balik Pulau)

Tarikh: 20hb Febuari 2009 / Jumaat.
Masa: 9.00 malam.
Tempat: Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan.

20 Kes Rasuah Khir Toyo

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.


3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Monday, February 16, 2009

Kenyataan Balas AMK Terhadap Karpal Singh

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

8 Feb 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi kenyataan balas ke atas apa yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh di dalam kenyataannya semalam.

Karpal dilaporkan menggesa Ketua Umum keADILan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang berikutan Dato' Seri Anwar dilihat sebagai bertanggungjawab mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan 'keharmonian' dalam Pakatan Rakyat.

AMK berpendapat bahawa sandaran fakta yang dinyatakan oleh Karpal adalah sangat samar dan tidak mengambil kira beberapa fakta penting di dalam kronologi kes yang berlaku seusai Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008.

Pendedahan yang dibuat oleh Saudara Fauzi Muda, Ketua KeADILan Bahagian Ipoh Barat bahawa ada usaha untuk membeli beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk menyertai BN dengan wang puluhan juta ringgit membuktikan bahawa usaha lompat parti ini dicetuskan dengan jijik oleh Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Tun Razak.

AMK juga berharap agar Karpal tidak lupa bagaimana ADUN DAP di Tronoh yang juga Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mendedahkan yang beliau pernah ditawarkan habuan sebanyak RM65 juta untuk melompat ke dalam BN agar BN boleh membentuk kerajaan di Perak.

Apa yang melibatkan Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota yang didakwa Karpal dipujuk oleh Anwar menyertai keADILan dan kembali ke dalam Umno 10 hari berikutnya, bukanlah inisiatif baik Anwar mahupun Pakatan Rakyat, sebaliknya sebagaimana yang diperjelaskan oleh Anwar bahawa Datuk Nasaruddin secara ikhlas menemui Anwar untuk menyertai keADILan. Ini seterusnya diikuti dengan kehilangan Datuk Nasaruddin pada pagi 5 Februari 2009 dan dikhabarkan diculik untuk membuat pengakuan kembali ke dalam Umno sebagaimana yang disahkan oleh keluarga beliau.

Karpal seharusnya dapat membezakan antara lompat parti yang berasaskan idealisme perjuangan ataupun berasaskan habuan kewangan dan ugutan. Tidak timbul mana-mana usaha bahawa Pakatan melalui keADILan mahupun Anwar memujuk mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN Umno-BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, sebaliknya merekalah di peringkat permulaan yang datang mendekati Pakatan dan menawarkan diri untuk bersama Pakatan dalam perjuangan yang lebih realistik.

AMK percaya keluh kesah Karpal ini adalah berpunca daripada muafakat yang dipupuk oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat secara kolektif oleh kepimpinan ketiga-tiga parti yakni keADILan, DAP dan PAS yang menolak untuk hajat Karpal untuk menyaman DYMM Tuanku Sultan Perak. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat percaya bahawa apa yang berlaku sebenarnya ialah eksploitasi yang dilakukan oleh Umno-BN melalui Najib untuk membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Justeru dalam hal ini, bukanlah DYMM Sultan Perak yang wajar menjadi sasaran, sebaliknya tindakan Umno-BN dan Najib yang sanggup menghalalkan pelanggaran undang-undang untuk membentuk kerajaan haram BN di Perak.

AMK berharap agar Karpal tidak mudah membiarkan diri beliau dimanipulasi oleh agenda jijik Umno-BN untuk mengganggu-gugat kestabilan Pakatan Rakyat seluruhnya yang telah terbukti mampu memecahkan hegemoni usang Umno-BN.

Karpal juga disarankan untuk tidak bertindak secara 'one man show' dalam mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan keputusan yang dicapai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam beberapa isu yang berbangkit mutakhir ini. Dengan sokongan terbuka yang diberikan oleh DAP melalui Setiausaha Agungnya YAB Lim Guan Eng dan Ketua Whip DAP YB Lim Kit Siang ke atas kepimpinan Dato' Seri Anwar, adalah diharapkan agar Karpal dapat menarik balik kenyataan beliau di atas semangat muafakat Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara kolektif.

Muafakat yang dipupuk ini adalah muafakat yang diinginkan oleh rakyat untuk melihat Malaysia baru dijelmakan dalam konteks politik baru. Justeru adalah sangat malang sekiranya masih ada pihak yang sanggup dipasung minda mereka untuk mengikut arus politik songsang yang dimainkan oleh Umno-BN.



Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Friday, February 13, 2009

MUKADIMAH ANGKATAN MUDA KEADILAN NEGERI SEMBILAN

Salam pertemuan buat semua pelayar laman blog ini. AMK Negeri Sembilan tetap gagah bersemangat menegakkan perjuangan PKR di negeri adat perpatih ini. Walaupun getir melanda, namun keutuhan persefahaman perjuangan menyatukan AMK Negeri Sembilan untuk bergerak bersama menjana kemajuan golongan muda negeri.

Insyallah, AMK Negeri Sembilan akan menjana dan melaksanakan program dan aktiviti bagi menarik minat golongan muda terlibat memperjuangkan keadilan untuk kehidupan generasi seterusnya.