Friday, March 27, 2009

Kerajaan digesa haramkan nama Pakatan Rakyat

dipetik daripada Malaysiakini.com

Seorang perwakilan ke perhimpunan agung Umno menggesa supaya kerajaan mengharamkan penggunaan nama 'Pakatan Rakyat' kerana mendakwa ia sebuah pertubuhan haram.

Wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan berkata, Umno dilahirkan di dalam istana, "bukan seperti parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan".

"Siapa pula Pakatan Rakyat yang dicanangkan akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September lalu?

"Siapa mereka ini. Bukankah negara mempunyai undang-undang peraturan tubuh parti politik," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno hari ini.

"Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan. Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang," katanya.

Sebenarnya, dakwa Nur Saidi, Pakatan Rakyat tidak pernah ditubuhkan secara rasmi.

"Kalau tidak ada, kenapa semua pihak - parti parti politik, media masa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu.

"Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ianya sebuah pertubuhan haram

"Ini tidak boleh dibenarkan sama sekali," tegas Nur Saidi.

Salah satu contoh wakil Pemuda Umno yang bebal.

Apakah saudara Nur Saidi Nayan ini lupa atau benar-benar bodoh istilah "Pakatan Rakyat" dan juga "Barisan Nasional" adalah sebuah nama perikatan politik sahaja? (politic alliance).

Tidak timbul soal Pakatan Rakyat itu sebuah pertubuhan kerana ia hanya sebuah perikatan politik dan tidak membabitkan soal-soal dengan pertubuhan. Jika begitu saudara Nur Saidi Nayan ini berfikir, maka BN juga perlu diharamkan. Pendaftar Pertubuhan pun akan beranggapan saudara Nur Saidi ini bebal. Tidak faham mana pertubuhan berdaftar dan apa itu perikatan.

Jangan kita di Pakatan Rakyat menjadi bebal seperti saudara Nur Saidi itu.

Kita harus berfikir sebagai golongan muda yang bijak dan memahami istilah-istilah politik serta peraturan parti.


1 comment:

  1. CADANGAN BUTIRAN PEMBELAAN BAGI KES PERBICARAAN

    Al-Quran & Hadis undang-undang tertinggi di Malaysia?

    Baru ini saya melewati Wikipedia dan mendapati jawapan kepada status kebebasan beragama di Malaysia seperti di bawah:

    Status kebebasan agama di Malaysia merupakan satu isu kontroversi. Islam merupakan agama rasmi dan Perlembagaan Malaysia meletakkan sekatan terhadap kebebasan beragama, paling ketara penyebaran agama selain Islam kepada Muslim. Bagaimanapun, persoalan sama ada Malaysia merupakan negara Islam atau sekular masih belum berjawab; Wikipedia

    Saya meneliti Perlembagan dan mendapati tafsiran sebenar Perlembagaan Malaysia menunjukkan Al-Quran & Hadis adalah sebenarnya undang-undang tertinggi di Malaysia, dan mana-mana undang-undang, perjanjian atau perbuatan bercanggah dengannya adalah tidak sah dan menjadi terbatal.

    Namun itu kenapa ia menjadi sebaliknya? Kenapa perlaksanaan Al-Quran dan Hadis sebagai undang-undang tertinggi diabaikan dan disisihkan? Ini kerana perlaksanaan undang-undang hari ini berasaskan fahaman yang terpesong dari maksud sebenar Perlembagaan. Ini kerana mereka menafsirkan perkara 3 (1) Perlembagaan sebagai bermaksud Islam agama rasmi di Malaysia. Ini adalah penafsiran yang terpesong. Terdapat beberapa faktor dan antara fahaman terpesong kerana pengamal undang-undang tidak memahami definisi Islam yang sebenar, dan isu tidak pernah dicabar di Mahkamah.



    Alasan Ringkas

    Berdasarkan di atas, alasan ringkas ialah bagi dakwaan Al-Quran & Hadis sebagai undang-undang tertinggi ialah:

    Reason:

    1. Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi

    2. Undang-undang tertinggi menyatakan Islam agama Persekutuan

    3. Islam agama Persekutuan bermaksud Pengabdian Persekutuan

    4. Pengabdian Persekutuan bermaksud Persekutuan mesti membenarkan perlaksanaan ibadah mengikut Al-Quran & Hadis

    Conclusion: Ini bermaksud Perlembagaan mesti membenarkan ibadah terkandung di dalam Al-Quran & Hadis, dan termasuk perlaksanaan undang-undang Islam. Oleh itu ini membawa maksud undang-undang Al-Quran & Hadis adalah undang-undang tertinggi di Malaysia.
    (bersambung - artikel Penuh: muslimvillage.wordpress . com)

    ReplyDelete